suria

Duka dipecat Chelsea, Lampard luah rasa hati

Frank Lampard dipecat Chelsea berikutan prestasi kelab itu merosot dalam EPL.

PENGURUS Chelsea yang dipecat, Frank Lampard menyuarakan kekecewaannya kerana kehilangan pekerjaan.

Menerusi kenyataan umum buat pertama kali sejak pemecatannya, beliau engakui bahawa mahukan lebih banyak masa pada musim ini.

Legenda The Blues Lampard memberikan reaksi terhadap pemecatannya secara tiba-tiba pada Isnin, memberitahu para penyokong bahawa beliau berharap dibenarkan untuk berusaha memperbaiki nasib Chelsea yang terjejas musim ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Chelsea pecat pengurus Frank Lampard

Memberikan respons melalui Persatuan Pengurus Liga, Lampard berkata: "Adalah suatu keistimewaan dan penghormatan untuk menguruskan Chelsea, sebuah kelab yang telah menjadi sebahagian besar daripada hidup saya sejak sekian lama.

"Pertama, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penyokong atas sokongan luar biasa yang saya terima sejak 18 bulan lalu. Saya harap mereka tahu ia benar-benar memberi makna bagi saya.

"Bila saya mengambil peranan ini, saya memahami cabaran yang akan dihadapi dalam waktu yang sukar untuk kelab bola sepak.

"Saya bangga dengan pencapaian yang kami buat, dan saya bangga dengan pemain akademi yang berjaya melangkah ke pasukan pertama dan menunjukkan prestasi yang baik. Mereka adalah masa depan kelab.

"Saya kesal tidak mempunyai masa pada musim ini untuk membawa kelab ke hadapan dan membawanya ke tahap seterusnya.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Abramovich (pemilik kelab), lembaga, pemain, pasukan bimbingan saya dan semua orang di kelab atas kerja keras dan dedikasi mereka, terutama pada masa-masa yang belum pernah terjadi sebelumnya dan mencabar ini.

"Saya mendoakan kejayaan pasukan dan kelab pada masa depan," katanya.

Lampard menerima tekanan tekanan berikutan lima kekalahan dalam lapan perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), selain meletakkan kedudukan kelab itu pada tangga kesembilan dalam liga.

Keputusan pemecatannya mengejutkan para penyokong Chelsea. - Mail Online

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berikut

Artikel Lain