suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peninju kacak miliki 27 tatu pada tubuh, setiap satu ada maksud yang cukup mendalam

Kata Poirier, tatu itu cukup bermakna dalam kehidupannya dan bukan sekadar hiasan semata-mata.

PENINJU Amerika Syarikat (AS), Dustin Poirier mendedahkan 27 tatu pada tubuhnya mempunyai maksud yang tersendiri.

Ujar Poirier, 32, tatu itu cukup bermakna dalam kehidupannya dan bukan sekadar hiasan semata-mata.

"Setiap tatu yang dilukis, saya boleh ingat detik yang berlaku dalam hidup saya pada waktu itu," ujarnya.

Tambahnya lagi, setiap tatu dibuat secara spontan sahaja tanpa sebarang perancangan.

"Ia hanya pada detik itu. Kalau tiba-tiba saya rasa nak buat tatu, pada minggu itu juga saya akan dapatkannya," ujarnya.

Antara tatu yang ada termasuklah nama empat wanita iaitu nama ibu, isteri, nenek dan anak perempuannya.

Untuk rekod, Poirier pertama kali mencacah tatu pada tubuhnya sewaktu berumur 14 tahun. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain