suria

Pecah rekod! Ronaldo jadi penjaring gol terbanyak dalam sejarah bola sepak

Ronaldo mengatasi rekod sebagai penjaring gol terbanyak. -foto AP

CRISTIANO Ronaldo melakar sejarah setelah menjadi penjaring gol terbanyak sepanjang zaman dalam dunia bola sepak.

Ia susulan beliau menjaringkan gol untuk Juventus dalam perlawanan pasukan itu menentang Napoli.

Pemain berusia 35 tahun itu sepatutnya memecah rekod itu ketika menentang Inter pada Ahad lalu, tetapi gagal mendapatkan lembaran skor dalam kekalahan 2-0.

Sebaliknya, penyerang Juventus itu menantikan perlawanan Piala Super Itali dan ternyata berjaya menentang pasukan Gennaro Gattuso ketika beliau membolosi gawang pada minit ke-64.

Jaringan itu sekali gus mengangkat beliau ke tahap yang luar biasa sepanjang kariernya.

Usaha itu mengatasi rekod Josef Bican yang merupakan penyerang warga Austria-Czech apabila menjaringkan 759 gol antara 1931 dan 1955.

Ronaldo kini mempunyai 760 gol dalam kariernya dan hanya akan mengembangkan rekod itu sekiranya beliau terus bersinar di puncak kejayaan dunia bola sepak. - Mail Online

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain