suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Morata bangga main bola dengan Ronaldo, tak sabar kongsi cerita dengan anak

Morata turut memuji Ronaldo sebagai pemain yang cukup berkualiti.

PEMAIN Juventus, Alvaro Morata mengakui cukup berbangga dapat beraksi di samping bintang terkenal dunia, Cristiano Ronaldo.

Kata Morata, dia juga tidak sabar untuk berkongsi kisah itu dengan anaknya.

"Mudah main bola dengan Ronaldo. Saya dah agak lama kenal dia.

"Ada ketika tatkala orang lain tak boleh jaringkan gol, dia boleh jaringkan gol.

"Bagi saya, dia merupakan pemain bola paling hebat dalam sejarah," ujarnya.

Tidak berhenti di situ, Morata turut memuji Ronaldo sebagai pemain yang cukup berkualiti.

"Ia satu penghormatan bagi saya. Membesar dan lihat dia beraksi.

"Apabila kini saya di sini, ia membuatkan saya teruja," katanya lagi. - Goal.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain