suria

Keluarga tak berkenan Floyd Mayweather bercinta dengan penari kelab bogel Las Vegas

Timbul khabar angin kononnya keluarga peninju itu tidak menyukai wanita berkenaan.

PENINJU terkenal dunia, Floyd Mayweather dikahabarkan sedang hangat bercinta dengan seorang penari kelab bogel di Las Vegas.

Sudah beberapa bulan menjalinkan hubungan dengan Anna Monroe, dia mengumumkan percintaan itu secara rasmi kepada keluarga pada ambang Tahun Baharu 2021 baru-baru ini.

Namun, timbul khabar angin kononnya keluarga peninju itu tidak menyukai wanita berkenaan.

Menurut sumber yang juga rakan wanita itu, dia juga risau akan nasib Monroe.

Ia berikutan Mayweather yang mempunyai rekod membuat jenayah domestik sebelum ini.

Untuk rekod, dia pada 2012 meringkuk dalam penjara selama 90 hari selepas mengaku bersalah mendera bekas pasangannya, Josie Harris.

Dalam perkhabaran terbaharu, Harris yang juga ibu kepada tiga cahaya mata ditemui mati pada Mac tahun lalu akibat masalah dadah. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain