suria

Ferrari milik penjaga gol Marchetti remuk angkara pekerja cuci kereta

Keadaan kereta Ferrari, Federico Marchetti yang mengalami kerosakan selepas merempuh penghadang keselamatan. - foto Daily Star

PENJAGA gol pasukan Genoa dari Itali, Federico Marchetti mungkin perlu mengambil cuti daripada latihan selepas kereta Ferrari miliknya yang bernilai £300,000 (RM1.66 juta) terbabit dalam kemalangan.

Kejadian itu disebabkan oleh seorang pekerja servis mencuci kereta.

Marchetti menghantar kereta model Ferrari 812 Superfast yang baharu untuk dicuci ketika menjalani latihan, pada Isnin.

Tindakan beliau itu jelas bukan keputusan yang bijak apabila pekerja yang menghantar semula kereta berkenaan dalam keadaan remuk.

Kereta Ferrari itu mengalami kerosakan apabila pekerja tersebut melanggar penghadang keselamatan, selain merempuh lima kereta lain.

Beberapa gambar menunjukkan kereta yang mempunyai kelajuan 338 kilometer sejam itu (kmj) merempuh penghadang keselamatan.

Pekerja yang memandu kereta tersebut bagaimanapun tidak mengalami kecederaan. - Daily Star

Artikel Lain