suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sahabat akrab... Khabib, Ronaldo saling bertanya khabar menerusi panggilan video

(Gambar kanan) Khabib sedang berbual bersama Ronaldo menerusi panggilan video.

PERSAHABATAN di antara Khabib Nurmagomedov dengan Cristiano Ronaldo sememangnya sudah diketahui ramai.

Dalam perkembangan terbaharu, juara dunia lightweight UFC dengan pemenang lima kali Ballon d'Or itu berbual seketika menerusi panggilan video.

Ia dirakam oleh rakan Khabib yang juga pencabar lightweight, Islam Makhachev.

Sebelum pertarungan terakhir Khabib menentang Justin Gaethje, Khabib sememangnya berkawan baik dengan penyerang Juventus malah Ronaldo turut meramalkan kemenangan jaguh Russia itu di Instagram.

"Sudah tentu Khabib akan menang," kata Ronaldo.

'The Eagle' kemudiannya menewaskan Gaethje di pusingan kedua.

Khabib juga mengakui kerap berhubungan dengan Ronaldo.

"Dia selalu menasihati saya. Saya turut bercakap dengan Karim Benzema dan Zlatan Ibrahimovic.

"Saya suka bola sepak dan meminatinya sejak kecil. Bagi saya ia memberi kekuatan tambahan," kata Khabib. - Givemesport

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain