suria

Messi, Ronaldo tewas di tangan bintang muda United, Daniel James dalam senarai pemain paling bernilai di dunia

Messi dan Ronaldo menduduki tangga bawah dalam senarai pemain paling bernilai di dunia.

MENGEJUTKAN! Dua bintang bola sepak terkenal, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo 'ditewaskan' oleh pemain muda Manchester United, Daniel James dalam senarai pemain paling bernilai di dunia.

Menerusi dapatan terbaharu kajian oleh CIES Football Observatory, Messi menduduki tangga ke-97 manakala Ronaldo pula menduduki tangga ke-131.

Kedua-duanya yang digelar pemain terbaik sepanjang zaman itu tewas kepada James yang menduduki tempat ke-75.

Kajian tersebut mengambil kira beberapa faktor termasuk prestasi, usia, kontrak serta penampilan bersama kelab dan negara dalam proses menilai satu-satu pemain itu.

Selain itu, dapatan mereka juga menunjukkan penyerang Manchester United, Marcus Rashford dilabel sebagai pemain paling bernilai mengetepikan Erling Haaland dan Trent Alexander-Arnold.

Seramai 10 pemain Red Devils mengatasi Messi dan Ronaldo.

Mereka termasuklah Rashford, Fernandes, Mason Greenwood, Anthony Martial, Aaron Wan-Bissaka, Donny van de Beek, James, Harry Maguire, Scott McTominay dan Victor Lindelof. - Thesun.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain