suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Benzema tayang Bugatti Chiron berharga RM13.60 juta

Benzema melaram bersama Bugatti Chiron berharga RM13.60 juta. Foto: Instagram Karim Benzema.

SETANDING dengan gelarannya sebagai salah seorang penyerang terbaik dunia yang sudah tentu bergaji besar, Karim Benzema mempunyai hobi mewah.

Tidak hairanlah garaj di kediaman bintang Real Madrid ini dihiasi dengan koleksi pelbagai model kereta mewah yang dianggarkan bernilai £6 juta (RM32.69j).

Penyerang Perancis berusia 33 tahun itu memiliki kereta edisi terhad, Bugatti Veyron bernilai £1.5 juta (RM8.16j) di samping memiliki Ferrari 458 Spider dan beberapa lagi kereta mewah.

Terbaharu, dia menambah sebuah lagi koleksi peribadinya, Bugatti Chiron yang berharga £2.5 juta (RM13.60j) dan menayangnya di Instagram, minggu lalu.

Selain itu turut berada dalam koleksi Benzema ialah Rolls Royce yang berharga £250,000 (RM1.36j), dan Mercedes Benz-SLR sekitar £750,000 (RM4.08j). - Thesun.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain