suria

Parti bertukar ganas, peninju MMA ditahan gara-gara cederakan 2 wanita dengan pisau

Jagelo (kanan) kali terakhir beraksi pada Jun lalu sewaktu perlawanan KOK Classic.

SEORANG peninju Mixed Martial Arts (MMA) lelaki ditahan atas dakwaan menyerang dua wanita dengan menggunakan pisau.

Vitoldas Jagelo yang juga peninju terkenal di Lithuania ditahan polis ketika berparti pada petang sebelum sambutan Tahun Baharu.

Dia kini diletakkan di sebuah pusat tahanan.

Malah, nasibnya juga masih tidak diketahui memandangkan tiada sebarang kenyataan susulan dibuat mana-mana pihak.

Dalam pada itu, salah seorang mangsa, Viktorija Pometko mendakwa dia mengalami patah hidung akibat diserang.

Malah, serangan itu didakwa berlaku di hadapan anak mangsa yang masih kecil.

Untuk rekod, Jagelo kali terakhir beraksi pada Jun lalu sewaktu perlawanan KOK Classic. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain