suria

Cavani digantung 3 perlawanan, didenda lebih RM500,000 kerana tulis komen berunsur perkauman di Instagram

Penyerang Manchester United, Edinson Cavani digantung tiga perlawanan dan didenda kerana membuat komen berbaur perkauman di Instagram.

BINTANG Manchester United, Edinson Cavani digantung tiga perlawanan dan didenda £100,000 (RM552,445) kerana menggunakan perkataan perkauman di media sosial.

Penyerang berusia 33 tahun itu membantu kemenangan pasukannya di Southampton pada 29 November lalu, apabila meledakkan dua gol.

Cavani memuat naik kenyataan di Instagram selepas perlawanan dengan menulis perkataan 'negrito' (hitam) sebagai membalas mesej kepada ucapan tahniah selepas melengkapkan kemenangan kelabnya.

"Komen yang disiarkan di laman Instagram penyerang Manchester United FC itu menghina, kasar, tidak wajar dan bertentangan dengan Peraturan FA," demikian kenyataan FA.

United kemudian tampil mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan perkara itu dan menyatakan ia mempunyai maksud yang berbeza di Amerika Selatan.

United juga memberitahu bekas penyerang Paris Saint Germain (PSG) itu dimaklumkan beberapa perkataan itu dianggap penghinaan di Britain.

Cavani kemudian memadamkan kenyataan itu dan memohon maaf selepas dimaklumkan mengenai perkara itu. - Givemesport

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain