suria

Neymar kongsi video di IG Story, sangkal dakwaan anjur parti mega secara tertutup

Neymar memuat naik video pendek di IG Story bagi menyangkal dakwaan kononnya menganjurkan parti mega.

BINTANG Paris Saint-Germain, Neymar menyangkal dakwaan kontroversi kononnya dia mengadakan parti tahun baru besar-besaran secara tertutup yang dihadiri 500 tetamu.

Sebaliknya, pemain antarabangsa Brazil itu memuatnaik video pendek persiapan makan malam sederhana bersama keluarga dan rakan terdekat menerusi Instagram Story.

Pemain berusia 29 tahun itu juga mendakwa kesemua tetamunya itu diuji untuk virus Covid-19 menjelang majlis sederhana berkenaan.

Dia juga menyarankan agar para tetamu mengamalkan penjarakkan sosial.

Sebelum ini laporan media menyatakan Neymar menganjurkan parti tertutup dengan menjemput 500 tetamu ke sebuah rumah agam di Mangaratiba, Rio de Janeiro.

Susulan itu, Neymar dikritik hebat oleh rakyat Brazil.

Ia berikutan negara itu merupakan salah satu negara yang mencatatkan kes tertinggi Covid-19 dengan hampir 195,000 maut akibat virus berkenaan sehingga kini. - Givemesport

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Neymar, PSG, parti mega

Artikel Berkaitan

Artikel Lain