suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penaja minta foto separuh bogel, pelumba F1 wanita sanggup ‘pencen’ awal... tolak tawaran

Emma Kimilainen sanggup mengenepikan kerjaya buat sementara waktu kerana enggan melayan permintaan penaja pasukannya.

PELUMBA Formula 1 (F1) Emma Kimilainen membuka semula kisahnya yang berlaku sekitar 10 tahun lalu.

Menurut Kimilainen, 31, dia bersara seketika selama lima tahun selepas menamatkan satu kejohanan pada kedudukan kelima pada 2009.

Ujarnya, dia diminta bergambar separuh bogel oleh pasukannya.

Rupa-rupanya, pasukan itu ditaja oleh sebuah syarikat majalah lucah.

"Mereka mahu gambar saya berbikini dan tak berbaju. Saya tanya, apa sebenarnya berlaku?

"Kemudian saya sedar rakan kongsi pasukan saya merupakan sebuah majalah erotik. Saya tolak permintaan itu.

"Hari ini, permintaan itu kendengaran cukup mengarut. Tapi 10 tahun lalu berbeza," ujarnya merujuk kepada hak wanita dalam industri.

Ujarnya, hal itu juga hampir membuat dia bersara sepenuhnya dan tidak lagi berlumba. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain