suria

Akhiri desas-desus, Pochettino sah jurulatih baharu PSG

Pochettino sah jurulatih baharu PSG sehingga Jun 2022. Foto: Getty Images

MAURICIO Pochettino secara rasmi dilantik sebagai jurulatih baharu kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG).

Pemilihan bekas jurulatih Tottenham itu untuk posisi baharu berkenaan dibuat susulan pemecatan Thomas Tuchel.

PSG berkata di laman sesawang mereka mengumumkan Pochettino menandatangani kontrak hingga 30 Jun 2022 dengan pilihan tambahan setahun.

"Saya sangat gembira dan berbesar hati untuk menjadi jurulatih baru Paris Saint-Germain," kata Pochettino kepada laman web rasmi kelab.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan kelab atas kepercayaan yang mereka berikan kepada saya," katanya lagi.

Terdahulu pada 25 Disember lalu, media melaporkan PSG memecat jurulatihnya Thomas Tuchel, susulan aksi hambar yang dipamerkan olehnya yang gagal mendominasi saingan Liga Perancis pada musim ini.

Selain itu, dikhabarkan keputusan untuk menggantikannya dibuat pada minggu lalu ekoran ketegangannya dengan pengarah sukan, Leonardo. - Goal.com.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Thomas Tuchel, PSG, Pochettino, jurulatih

Artikel Lain