suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Legenda F1 buat ramalan tarikh persaraan Lewis Hamilton

Hamilton dijangka bersara selepas dia melengkapkan 10 kejuaraan dunia. FOTO: PA.

LEGENDA Formula 1 (F1) Martin Brundle membuat ramalan bahawa Lewis Hamilton akan bersara tidak lama lagi.

Menurut Brundle, Hamilton sudah merekodkan tujuh kejuaraan di peringkat dunia setakat ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sekadar juara di litar, fesyen Lewis Hamilton terima pujian ramai

Jelasnya, dia beranggapan pelumba berusia 35 tahun itu akan bersara selepas dia melengkapkan 10 kejuaraan dunia.

"Pada saya, dia tiada persaingan selepas Nico Rosberg bersara," ujarnya sambil memuji motivasi dan prestasi pelumba itu.

Tambahnya, bukan mudah untuk mengekalkan kejuaraan selepas Hamilton mencapai populariti di peringkat global.

"Prestasinya cukup hebat. Begitu juga dengan motivasinya.

"Apabila kamu sudah mencapai kejayaan, trofi dan wang, amat hebat jika dapat mengekalkan motivasi," ujar Brundle lagi. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain