suria

Kumpul 465 juta pengikut, Ronaldo muncul sebagai juara media sosial

Ronaldo menggungguli takhta juara media sosial berbanding sembilan pemain bola sepak lain.

CRISTIANO Ronaldo muncul sebagai pemain bola sepak yang mempunyai bilangan pengikut paling ramai di media sosial.

Bintang antarabangsa Portugal itu mempunyai jumlah terkumpul pengikut yang 200 juta lebih ramai berbanding barisan pemain bola sepak yang lain, menerusi platform Facebook, Twitter dan Instagram.

Penyerang Juventus berusia 35 tahun itu mempunyai 124 juta pengikut di Facebook, 90 juta di Twitter dan 251 juta di Instagram, menjadikan keseluruhan pengikutnya seramai 465 juta.

Seterunya dari Barcelona, Lionel Messi ketinggalan jauh dengan keseluruhan 265 juta pengikut, iaitu 90 juta di Facebook dan 175 juta di Instagram sekaligus menduduki tempat kedua.

Neymar pula menduduki tempat ketiga apabila mempunyai seramai 254 juta pengikut dengan 144 juta daripadanya di platform Instagram, 51 juta di Twitter dan 59 juta di Facebook.

Kemudian bintang Everton dan Colombia, James Rodriguez menduduki tempat keempat dengan 31 juta pengikut di Facebook, 19 juta di Twitter dan 45 juta di Instagram untuk keseluruhan 96 juta pengikut. - Thesun.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain