suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Teman wanita tayang cincin berlian, timbul spekulasi Mayweather sudah bertunang

Mereka turut bercuti bersama di Athens, Greece baru-baru ini.

PENINJU terkenal dunia, Floyd Mayweather sudah melamar teman wanitanya selepas beberapa bulan bercinta.

Menurut The Sun, Mayweather membuat lamaran kepada Anna Monroe, 29, pada awal tahun ini.

Dalam satu posting terbaharu di media sosial, wanita itu kelihatan memakai cincin berlian di jari sekaligus menguatkan desas-desus bahawa mereka sudah bertunang.

Baru-baru ini, mereka turut bercuti bersama di Athens, Greece.

Selain itu, pasangan romantis itu turut berkongsi foto menerusi sosial media mereka.

Sebelum ini, timbul khabar angin bahawa keluarga Mayweather tidak menyukai wanita itu yang juga penari di sebuah kelab bogel di Las Vegas. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain