suria

Bimbang tak dapat tanggung 5 anak, ‘The Beast’ pertimbang beraksi hingga usia 40 tahun

Adebayo Akinfenwa berhasrat bermain untuk satu musim lagi. foto YouTube

SEORANG pemain bola profesional, Adebayo Akinfenwa mempertimbangkan untuk bermain untuk satu musim lagi kerana bimbang tidak dapat menanggung lima anaknya.

Penyerang Wycombe yang dikenali sebagai 'The Beast' itu berusia 39 tahun pada Mei depan.

Walaupun mengalami masalah lutut, dia tertarik dengan prospek untuk bermain sehingga usia beliau 40 tahun.

Akinfenwa, merupakan bapa kepada tiga anak lelaki, Ajani, 11, Jai, 10, dan Jaylan berusia lima tahun.

Beliau juga mempunyai dua anak perempuan, Kamira dan Kaliyah, masing-masing berusia 13 dan lapan tahun.

"Kesakitan tidak menjadi halanga kerana saya terinspirasi oleh kebimbangan kerana tidak dapat menjaga dan memberi makan kepada anak-anak saya.

"Jika saya memenangi loteri, saya mungkin akan bersantai di pantai! Tetapi saya harus bertahan dengan apa yang saya lakukan.

"Terdapat persepsi setelah anda bermain bola sepak secara profesional selama beberapa tahun maka anda sihat dari kukuh dari segi kewangan, tetapi sebenarnya anda tidak.

"Saya mahu bermain sehingga saya berusia 40 tahun, yang bermaksud lanjutan untuk satu musim lagi. Tapi apa yang saya rasa di akhir kempen ini akan menentukan keputusan saya," katanya. - Mail Online



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Sebelum

Chelsea pecat pengurus Frank Lampard

Artikel Berkaitan

Artikel Lain