suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chelsea pecat pengurus Frank Lampard

Frank Lampard dipecat oleh Chelsea berikutan prestasi kelab itu merosot dalam EPL. foto AP

CHELSEA memecat pengurusnya, Frank Lampard berikutan prestasi kelab itu merosot apabila berada di tangga kesembilan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Para pemain dimaklumkan untuk tidak perlu hadir ke pusat latihan pada Isnin sehingga pengesahan mengenai pemecatan dibuat.

Lampard menjadi pengurus yang ke-10 dipecat semasa Chelsea di bawah pemilik Roman Abramovich.

Tindakan tersebut dibuat selepas kelab itu mengalami lima kekalahan dalam lapan perlawanan EPL.

Abramovich dalam satu kenyataan menyifatkan Lampard sebagai seorang yang berintegriti tinggi.

Mengesahkan pemecatan Lampard, beliau berkata: "Dalam keadaan semasa, kita percaya adalah lebih baik untuk menukar pengurus, dengan kelab berada di posisi pertengahan." - Mail Online

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain