suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat terhempas, 4 pemain bola Brazil meninggal dunia

Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

MALANG tidak berbau.

Begitulah kisahnya mengenai empat pemain bola kelab Palmas FR yang maut dalam satu kemalangan pesawat di Brazil.

Mangsa yang terlibat adalah Guilherme Noe, 28, Lucas Praxedes, 23, Ranule Gomes dos Reis, 27, dan Marcus Molinari, 23.

Selain empat pemain bola itu, presiden kelab mereka, Lucas Meira, 32, dan juruterbang, Wagner Machado, 59, turut ditemui maut.

Pesawat itu dikatakan terhempas sebelum meletup berhampiran landasan sewaktu dalam perjalanan menuju ke Tocantins.

Mereka dalam perjalanan untuk menyertai satu perlawanan, menentang Vila Nova.

Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain