suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Langgar peraturan Covid-19, Ronaldo disiasat selepas bawa kekasih ke resort ski

Ronaldo (kanan) dan Rodriguez dirakamkan menaiki kereta salji yang tersebar di media sosial. instagram crisginabrasil / Mail Online

CRISTIANO Ronaldo 'dalam siasatan' setelah didakwa melanggar peraturan Covid-19 apabila membawa teman wanitanya, Georgina Rodriguez ke sebuah resort ski mewah untuk meraikan ulang tahunnya yang ke-27.

Ronaldo, 35, yang direhatkan daripada perlawanan Coppa Italia menyaksikan Juventus SPAL pada Rabu malam, membawa teman wanitanya ke resort Courmayer, di Itali, dengan menyeberangi sempadan antara Piedmont dan Valle D'Aosta bagi kunjungan selama dua hari itu.

Menurut media Itali, Corriere dello Sport, pasangan itu menginap di sebuah hotel yang akan ditutup secara rasmi.

Sementara itu, Ronaldo dan Rodriguez turut dirakamkan menaiki kereta salji.

Bagaimanapun, peraturan berikutan wabak Covid-19 Itali menyatakan bahawa perjalanan antara bandar dilarang pada masa ini.

Laporan itu mendakwa Ronaldo dan Rodriguez menghabiskan dua hari di daerah Val Veny, di resort yang sama Rodriguez menghabiskan hari ulang tahunnya tahun lalu, tetapi tidak bersama Ronaldo ketika itu.

Ia menambah bahawa pasangan itu belum didenda, tetapi video yang menunjukkan mereka di resort itu di media sosial diturunkan serta-merta.

Kedua-dua Ronaldo dan Rodriguez kini kembali ke Turin, media beiN Sports melaporkan bahawa pihak berkuasa sedang menyiasat Ronaldo setelah melakukan perjalanan ke Courmayer. - Mail Online

Artikel Lain