suria

Kecoh tak pakai pelitup muka ketika majlis kahwin, Datuk Bandar pertahan Mohamed Salah

Mohamed Salah disahkan positif Covid-19 pada Jumaat lalu. Foto: Getty Images

SELEPAS Mohamed Salah disahkan positif Covid-19 pada Jumaat, media sosial kecoh apabila bintang Liverpool itu dikatakan sempat menghadiri majlis perkahwinan adik lelakinya, Nasr, awal minggu ini.

Malah dia dirakamkan berada di majlis tersebut tanpa memakai pelitup muka dan tidak mengamalkan penjarakkan sosial.

Klip rakaman dan foto yang tersebar di media sosial, menunjukkan beliau menari bersama para tetamu dan gambar menunjukkan dia menari dengan pelitup muka diturunkan hingga ke bahagian dagu.

Bagaimanapun, Datuk Bandar Nagrig, Maher Shtiyah tampil menegaskan mereka sudah melakukan penjarakkan sosial ketika di majlis perkahwinan tersebut.

Shtiyah juga memberitahu bahawa tetamu untuk majlis itu hanya dihadkan kepada 60 hingga 70 orang dan membabitkan ahli keluarga sahaja.

"Salah sangat berjaga-jaga, dia hanya menurunkan pelitup mukanya ketika mengambil gambar. Ketika kami menyapanya, kami hanya mencium di bahagian bahu, bukan mukanya," kata Shtiyah.

Salah terpaksa menjalani kuarantin di Mesir sejak Jumaat lalu selepas melakukan ujian ketika menyertai rakan sepasukan skuad negaranya. - Goal.com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain