suria

Kecoh Mohamed Salah hadir majlis kahwin adik sebelum positif Covid-19, tak pakai pelitup muka

Mohamed Salah (kanan) menari bersama adiknya (kiri) pada majlis perkahwinan di Kaherah. foto Newsflash

PERSATUAN Bola Sepak Mesir (EFA) pada Jumaat malam mengesahkan bahawa Mohamed Salah positif Covid-19.

Bintang Liverpool itu telah menjalani dua ujian saringan Covid-19.

Namun, timbul persoalan mengenai punca Salah mendapat jangkitan virus tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Sah! Mohamed Salah pula positif Covid-19

Ini kerana beliau disahkan positif Covid-19 selepas menghadiri majlis perkahwinan adik lelakinya, Nasr, awal minggu ini.

Salah kembali ke Mesir untuk skuad kebangsaannya dalam kelayakan Piala Negara-Negara Afrika.



Salah tidak memakai pelitup muka di majlis perkahwinan adiknya. foto Newsflash

Beliau bagaimanapun menghadiri majlis perkahwinan itu di Kaherah sebelum perlawanan.

Salah dirakamkan berada di majlis tersebut tanpa memakai pelitup muka dan tidak mengamalkan penjarakkan sosial.

Klip rakaman dan foto yang tersebar di media sosial, menunjukkan beliau menari bersama para tetamu.

Rakan pasukan skuad kebangsaannya, Mahmoud Trezeguet yang bermain untuk Aston Villa turut hadir pada majlis yang sama, tetapi disahkan negatif selepas menjalani ujian saringan. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain