suria

Ronaldo bakal disambar PSG?

PSG membuka pintu kepada Cristiano Ronaldo sekiranya bintang itu mempertimbangkan untuk berhijrah.

PENGARAH Sukan Paris Saint-Germain (PSG), Leonardo mengakui kelab itu membuka pintu kepada Cristiano Ronaldo sekiranya bintang itu mempertimbangkan untuk berhijrah.

Khabar angin mengenai masa depan pemain sayap Juventus itu terus bertebaran apabila dia dikaitkan dengan perpindahan ke kelab elit dan juga juara bertahan Ligue 1.

Ronaldo, pemenang Ballon d'Or sebanyak lima kali kini terikat dengan kontrak di Turin sehingga musim panas 2022.

Bercakap kepada PSGTV, Leonardo percaya PSG adalah salah satu pasukan yang mempunyai keupayaan untuk mendapatkan bintang Portugal itu.

"Hari ini di dalam bola sepak kita tidak tahu apa yang akan berlaku.

"Mungkin esok Cristiano Ronaldo bangun dan berkata mahu bermain di mana-mana kelab yang disukainya.

"Siapa yang mampu membelinya? Ia dalam lingkungan yang tertutup.

"PSG berada dalam lingkungan itu. Kebiasaannya ia berkaitan dengan peluang dan situasi semasa.

"Apabila tiba jendela perpindahan pemain, kami perlu bersedia dan itulah yang kami lakukan. Kami mempunyai beberapa keutamaan yang sudah disenaraikan, tetapi sesuatu yang tidak dijangka boleh berlaku," katanya. - Goal.com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

PSG, Cristiano Ronaldo

Artikel Lain