suria

PSG hubungi bapa Messi untuk perjanjian pra-kontrak?

Lionel Messi sebelum ini berhasrat untuk keluar dari Barcelona. -foto Reuters

PARIS Saint-Germain (PSG) dilaporkan mengadakan perbincangan bersama bapa Lionel Messi, apabila kelab itu berusaha untuk meyakinkan pemenang enam kali Ballon d'Or itu untuk menandatangani perjanjian pra-kontrak dengan mereka pada Januari depan.

Messi, yang mempunyai kerjayanya di Barcelona sejak dulu, mengejutkan kelab gergasi itu pada musim panas apabila beliau nekad untuk meninggalkan kelab itu.

Tindakan tersebut dibuat di atas kekecewaan beliau dengan kehidupan di Nou Camp.

Namun pada akhirnya, beliau tidak dapat meneruskan keputusan berkenaan.

Sebaliknya, beliau perlu bertahan bersama Barcelona hingga akhir musim ini.

Beliau bagaimanapun dibenarkan untuk menandatangani perjanjian pra-kontrak dengan pasukan lain pada Januari, berikutan perjanjiannya bersama Barcelona berakhir Jun tahun depan.

Menurut laporan ESPN Argentina, PSG telah menghubungi bapa Messi iaitu Jirge Messi yang juga ejen kepada pemain itu bagi menyuarakan hasrat mereka untuk mendapatkan Messi. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ronaldo bakal disambar PSG?

Artikel Lain