suria

Lebih besar daripada tuan! Anjing Messi, 'Hulk' turut jadi tumpuan peminat

Berbanding dua tahun lalu (gambar kiri), Hulk kini bersaiz lebih besar daripada Messi.

SEBAGAIMANA kebanyakan pemain bola sepak terkenal yang mempunyai anjing sebagai haiwan peliharaan, bintang Barcelona, Lionel Messi juga tidak terkecuali.

Nama seperti Neymar, Alexis Sanchez, Mario Balotelli dan ramai lagi sering berkongsi gambar haiwan kesayangan mereka di media sosial.

Namun, anjing peliharaan bintang Argentina itu mungkin yang paling terkenal di antara anjing-anjing pemain yang lain.

Mana tidaknya, anjing yang diberi nama Hulk itu sudah cukup memberi gambaran mengenai saiz badannya.

Sebuah video yang dikongsi di Instagram oleh isteri Messi, Antonela Roccuzzo pada tahun 2018 jelas sekali memberi gambaran kepada peminat tentang betapa besarnya Hulk - di mana ia baru berusia sekitar dua tahun ketika itu.

Hulk adalah seekor anjing daripada baka Dogue de Bordeaux yang dikenali juga sebagai Bordeaux Mastiff atau French Mastiff.

Anjing daripada baka ini sememangnya dikenali kerana saiz yang besar dan kekuatannya.

Hampir lima tahun menjadi 'ahli keluarga' Messi, saiz Hulk kini lebih besar daripada pemiliknya sendiri. - Goal.com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain