Lawatan ke garaj, Floyd Mayweather tayang koleksi kereta mewah khusus untuk ‘haters’

Kata Floyd lagi, dia menyifatkan dirinya seperti kanak-kanak dewasa dan koleksi kereta mewah itu bagaikan permainan buatnya.

JUARA tinju dunia, Floyd Mayweather mengajak para peminat dan juga pembenci dirinya untuk melihat koleksi kereta mewah miliknya.

Menerusi satu video yang disiarkan, dia membuat lawatan ke garaj peribadi yang menyimpan koleksi mewah miliknya.

Antara jenama kereta yang dapat dilihat termasuklah Rolls Royce, Bentley, Lamborghini dan Ferrari.

"Ramai yang tunjukkan kasih sayang, ada juga yang benci. Saya tak kisah.

"Saya berada di sini untuk memberi motivasi. Ayuh kita berseronok," ujarnya.

Dalam video sama, dia turut meminta peminat memberi cadangan kereta mana yang patut dipilih untuk dibawa keluar bersiar-siar pada malam Jumaat.

Kata Floyd lagi, dia menyifatkan dirinya seperti kanak-kanak dewasa dan koleksi kereta mewah itu bagaikan permainan buatnya. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain