suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ronaldo jawab tuduhan Menteri Sukan Itali, nafi langgar kuarantin

Ronaldo disahkan positif Covid-19 ketika bersama pasukan kebangsaan, Portugal untuk aksi Liga Negara-Negara UEFA. Foto: Twitter

BINTANG Juventus, Cristiano Ronaldo menafikan kenyataan Menteri Sukan Itali yang dia melanggar protokol Covid-19 yang ditetapkan oleh negara itu selepas kembali daripada tugasan antarabangsa dan didapati positif virus berkenaan.

Pada Khamis, Menteri Sukan, Vincenzo Spadafora mendakwa Ronaldo telah melanggar protokol dengan meninggalkan Itali ketika Juventus melalui tempoh pengasingan berikutan terdapat dua kes positif Covid-19.

Menafikan perkara tersebut, Ronaldo berkata dia ketika ini menjalani kuarantin kendiri di rumahnya di Turin selepas tiba dari Portugal menerusi penerbangan ambulans.

"Saya tidak pernah melanggar protokol dan ia tidak benar. Saya meneruskan proses kuarantin secara bersendirian. Keluarga saya di tingkat yang lain.

"Kami tidak boleh bersama dan ia akan kekal begitu sehingga sekurang-kurangnya 10 hari lagi," kata Ronaldo di akaun Instagram miliknya.

Ronaldo disahkan positif Covid-19 ketika bersama pasukan kebangsaan, Portugal untuk aksi Liga Negara-Negara UEFA. - Sports.ndtv

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain