Dikritik kerana raba bahu penjaga garisan, Guardiola tampil pertahan Aguero

Aguero dikritik kerana didakwa meraba bahu penjaga garisan, Sian Massey-Ellis ketika aksi menentang Arsenal.

PENYERANG Manchester City, Sergio Aguero dikritik selepas didakwa meraba bahu penjaga garisan, Sian Massey-Ellis ketika aksi menentang Arsenal pada Ahad.

Aguero dikatakan tidak berpuas hati dengan keputusan lontaran ke dalam yang diberikan kepada pasukan lawan ketika insiden terbabit.

Pembantu pengadil itu kemudiannya menepis tindakan Aguero.

Berdasarkan peraturan baharu 2016 sebarang kontak fizikal dengan pengadil atau pembantunya, pemain boleh dilayangkan kad merah atau kuning bergantung kepada tahap kesalahan.

Tetapi Aguero terlepas hukuman serta merta yang mengundang kritikan peminat bola sepak.

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola pula menyebelahi Aguero dengan mengatakan: "Cukuplah, Sergio orang paling baik pernah saya jumpa, jadi cari masalah dalam situasi lain dan bukan yang ini. Kami gembira dia kembali bersama kami." - New Indian Express

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain