suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tabah hadapi kematian bapa, Khabib kembali beraksi pada September

Khabib (kiri) baru sahaja kehilangan bapanya (kanan) akibat Covid-19.

JUARA lighweight UFC dunia, Khabib Nurmagomedov dijangka kembali beraksi pada September ini.

Perkara itu diumumkan oleh presiden UFC, Dana White selepas Khabib baru sahaja kehilangan bapanya baru-baru ini.

Namun kata White, dia sehingga kini masih belum berhubung dengan Khabib mengenai hal kerjayanya selepas kematian bapanya 3 Julai lalu.

Pertarungan itu dijangka berlangsung pada 19 September dan tiada sebarang perubahan jadual dilaporkan setakat ini.

Bapa Khabib, Abdulmanap Nurmagomedov, sebelum ini meninggal dunia di sebuah hospital di Moscow, Rusia kerana komplikasi akibat wabak Covid-19.

Berusia 57 tahun, bapanya mengalami serangan jantung selepas disahkan positif Covid-19. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain