suria

Real Madrid juara La Liga, "Saya hilang kata-kata kerana terlalu emosi"

Real Madrid menjulang trofi La Liga musim ini.

JURULATIH Real Madrid, Zinedine Zidane percaya menjuarai La Liga adalah yang paling manis berbanding tiga trofi Liga Juara-Juara sebelum ini.

Real Madrid menjulang trofi La Liga kali ke-34 selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Villareal pada Khamis dengan jaringan Karim Benzema.

Kelab gergasi Madrid itu merekodkan 10 kemenangan sejak liga kembali bersambung selepas tertangguh selama tiga bulan berikutan pandemik Covid-19.



Benzema menjaringkan dua gol kemenangan Real Madrid.

"Liga Juara-Juara adalah Liga Juara-Juara tetapi La Liga membuatkan saya lebih gembira kerana La Liga adalah segalanya.

"Ini adalah perasaan luar biasa kerana semua pemain telah melakukan dengan luar biasa. Saya hilang kata-kata kerana terlalu emosi," jelasnya yang merakam trofi ke-11 sebagai jurulatih Real.

Zidane juga pernah menjuarai La Liga sebagai pemain di Real Madrid.



Zidane mengakui trofi La Liga lebih bermakna berbanding Liga Juara-Juara.

"Kami menjadi terbaik kerana mengutip semua mata. Bagi saya ia adalah salah satu yang terbaik dalam profesional ini.

"Pemain-pemain adalah yang pejuang untuk ini. Benar, saya telah memainkan peranan tetapi mereka yang percaya dengan apa dibuat," tambah Zidane.

Bagaimana pun kejayaan kali ini agak berbeza memandangkan tiada sambutan besar-besaran dibuat berikutan risiko penularan Covid-9.



Kejayaan Real Madrid ditujukan untuk semua penyokong setia.

"Ia agak pelik untuk semua orang, kami sepatutnya bersama penyokong-penyokong di Cibeles tetapi ia tidak berlaku.

"Saya yakin semua orang gembira di rumah masing-masing. Penyokong-penyokong selalu mahu melihat pasukan menang dan kami telah berbuat demikian untuk mereka," jelas Zidane. - Dailymail

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain