suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ramos pamer fizikal mantap tagih kemenangan untuk julang trofi La Liga

Ramos tagih aksi terbaik daripada rakan sepasukan menjelang perlawanan penting bertemu Villareal.

SERGIO Ramos merayu kepada rakan-rakan sepasukan memberikan aksi terbaik menjelang perlawanan bertemu Villareal.

Kapten Real Madrid ini menaruh harapan tinggi kepada rakan-rakannya untuk mencatat kemenangan untuk merangkul trofi La Liga buat kali pertama dalam tempoh tiga tahun.

Pemain pertahanan ini menjaringkan lima gol selepas aksi liga disambung berikutan penangguhan penularan Covid-19 sebelum ini.

Bintang Sepanyol itu memuat naik gambarnya dengan mesej: "It's our turn. Let's go for it!"



Ramos (dua kiri) antara watak penting menjaringkan gol musim ini.

Los Blancos kini kelebihan enam mata berbanding pesaing terdekat, Barcelona dengan baki dua lagi perlawanan.

Skuad kendalian Zinedine Zidane itu dijangka akan merangkul trofi cukup dengan keputusan seri jika Barca gagal menewaskan Osasuna.

Taktik Zidane menggunakan barisan pertahanan untuk menyerang dilihat menjadi musim ini.

"Aspek pertahanan sangat penting buat masa ini. Kami mempunyai kelebihan dalam pertahanan namun secara keseluruhannya setiap pemain komited dalam apa yang kami lakukan.

"Pertahanan bukan hanya empat atau lima orang, ia melibatkan semua," ujar Zidane. -Dailymail.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Sergio Ramos, Real Madrid, La Liga, Kapten

Artikel Lain