Lupakan pergaduhan selama 33 tahun, Mike Tyson bersatu semula dengan bekas jurulatih

Mike Tyson kembali berhubung dengan bekas jurulatihnya selepas pertelingkahan selama 33 tahun. Foto:REUTERS/Steve Marcus.

JUARA Heavyweight dunia, Mike Tyson kini berbaik semula dengan bekas jurulatihnya, Teddy Atlas.

Sebelum ini, berlaku perselisihan faham sehingga kedua-dua mereka memutuskan hubungan selama 33 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Usia bukan penghalang, Mike Tyson beri bayangan kembali beraksi tak lama lagi

Difahamkan, Atlas meninggalkan pasukan Tyson pada tahun 1982.

Atlas yang kini berusia 63 tahun bertugas sebagai penganalisis tinju untuk ESPN.

Malah, dia turut berkongsi kisah bagaimana Tyson menghubunginya selepas tiga dekad tidak berhubung.

"Saya buat salah beberapa hari selepas dia minta maaf. Dia tunggu saya turun ke lobi.

"Kami berjumpa dan dia gosok bahu saya. Saya rasa dia ikhlas. Kami kemudiannya bertukar nombor telefon.

"Kemudiannya saya jemput dia ke acara makan malam kebajikan saya. Saya menyesal buat begitu.

"Tapi kita memerlukan selebriti untuk raih dana dan sumbangan orang ramai.

"Ibaratanya dia datang ke acara saya untuk membantu saya dapatkan duit," katanya.

Namun katanya, dia sama sekali tidak berniat untuk menggunakan peninju terkenal itu dalam acaranya. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Teddy Atlas, Mike Tyson

Artikel Berkaitan

Artikel Lain