Adik pemain bintang Spurs mati akibat kesan tembakan di perut

Christopher ditemui mati dengan kesan tembakan.

BINTANG Spurs, Serge Aurier kehilangan adiknya selepas disahkan mati akibat ditembak di bahagian perut.

Christopher Aurier, 26, mengalami kecederaan parah selepas ditembak di luar sebuah kelab malam di Toulouse dan diumumkan meninggal dunia ketika berada di hospital.

Penduduk berdekatan menghubungi pihak polis selepas menemui seorang lelaki terbaring di atas jalan dengan kecederaan tembakan di bahagian perut.

Beberapa jam sebelum kejadian, Serge sedang beraksi menentang Arsenal yang menyaksikan Spurs mencatat kemenangan 2-1.

Christopher yang juga merupakan pemain bola sepak Divisyen 5 Perancis, Toulouse Rodeo pernah menjalani latihan percubaan dengan Brenford pada tahun 2011, namun tidak menandatangi kontrak.



Serge (kanan) beraksi menentang Arsenal beberapa jam sebelum insiden tembakan ke atas adiknya.

Biar pun aktif dalam bola sepak, Christopher tidak seiring dengan abangnya yang berjaya ke peringkat tertinggi.

Manakala Serge mula mencipta nama di Lens sebelum berpindah ke Toulouse.

Pemain antarabangsa Ivory Coast itu berhijrah ke Paris Saint-Germain sebelum ke Tottenham pada 2017.

Masa depannya agak suram di Spurs memandangkan ketika itu dia bukan pemain pilihan pengurus Mauricio Pochettino.

Bagaimana pun, Serge kembali mendapat rentak selepas diberi kepercayaan bermain 90 minit sebaik sahaja Jose Mourinho mengambil alih kelab itu. - Dailymail

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain