suria

Ziyech sah milik Chelsea, bakal ronda Kota London dengan koleksi kereta mewah

Ziyech bergaya dengan salah satu kereta mewah miliknya.

HAKIM Ziyech kini sah bergelar pemain Chelsea dengan perjanjian perpindahan 37 juta paun (RM199.4 juta).

Pemain antarabangsa Morocco itu menjadi perhatian The Blues selepas mempamerkan aksi mengagumkan sepanjang beraksi dalam Eredivisie dan Liga Juara-Juara bersama Ajax.

Ziyech dijangka akan menerima gaji 100,000 paun seminggu (RM538,956) bersama kelab Liga Perdana Inggeris ini

Bagaimanapun Ziyech sudah mengumpul kekayaannya sendiri dengan koleksi kereta mewah.



Mercedes-Benz GLC Coupe antara salah satu koleksi Ziyech yang telah tiba di Stamford Bridge.

Antaranya salah satu kereta paling laju di dunia, Lamborghini Aventador yang kini harga pasaran mencecah 271,146 paun (RM1.5 juta).

Selain itu Ziyech juga memiliki Lamborghini Urus serta Audi RS6- dan Mercedes-Benz GLC Coupe.

"Gembira, bangga dan teruja. Saya tak sabar. Chelsea kelab yang besar dan perlawanan juga besar.

"Saya suka gaya permainan, mereka bermain dengan menyerang, dan ini merupakan sesuatu yang sesuai dengan saya dan antara sebab mengapa saya pilih (Chelsea)," tulis Ziyech di laman Instagramnya. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain