suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas penyerang Manchester United, Alex Dawson meninggal dunia pada usia 80 tahun

Alex Dawson meninggal dunia pada usia 80 tahun. Foto Getty/Daily Star

BEKAS penyerang Manchester United, Alex Dawson meninggal dunia.

Pemain kelahiran Scotland berusia 80 tahun itu bermain untuk Manchester United antara 1957 dan 1961.

Sepanjang pembabitan tersebut, beliau telah menjaringkan 45 gol dalam 80 perlawanan sebelum menyertai kelab Preston.Dawson juga bermain untuk Bury, Brighton & Hove Albion dan Brentford, dengan jumlah jaringan keseluruhan 212 gol dalam 394 perlawanan.

Bekas penyerang itu kekal menjadi pemain yang berjaya melakukan jaringan hat-trick dalam perlawanan separuh akhir Piala Fa, ketika menentang Fulham di Highbury, pada Mac 1958.

Menerusi pengumuman Manchester United di laman Twitter menyebut: "Kami mengucapkan takziah kepada keluarga bekas penyerang Manchester United, Alex Dawson, di atas pemergian beliau pada usia 80 tahun.

"Beliau akan terus dikenang oleh kita semua di kelab. Semoga beliau bersemadi dengan aman." - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Alex Dawson, Manchester United,

Artikel Lain