Abel Xavier sifatkan Ronaldo memang dilahirkan sebagai juara – “Ke mana sahaja dia pergi, dia akan menang”

Cristiano Ronaldo pernah merangkul gelaran Ballon d'Or sebanyak lima kali. Foto: Goal.com

BINTANG Juventus, Cristiano Ronaldo disifatkan seorang individu yang secara semula jadi dilahirkan sebagai juara.

Bekas pemain Portugal, Abel Xavier berkata, Ronaldo membuktikan bahawa dia tidak suka berada di 'zon selesa' sepanjang kariernya yang gemilang.

Dalam enam tahun bersama Manchester United, Ronaldo memenangi tiga trofi Liga Perdana, dua Piala EFL, satu Piala FA dan Liga Juara-Juara pada tahun 2008.

Tradisi kemenangan itu berlanjutan selama sembilan musim bersama Real Madrid, di mana dia menjadi penjaring gol sepanjang masa untuk Los Blancos, memenangi dua gelaran La Liga, dua piala Copa del Rey dan Liga Juara-Juara.

Ronaldo kemudian memilih meninggalkan Madrid untuk ke Juventus menjelang kempen 2018-2019 dan menjulang trofi Serie A dan Supercoppa Italiana.

"Dia seorang juara dan tumpuan mentalnya hebat," kata Xavier mengenai pemenang gelaran Ballon d'Or sebanyak lima kali itu.

"Anda sedar dia tidak menyukai zon selesa. Dia berada di Madrid, dia menang; dia di Manchester United, dia menang; dia di Juventus juga telah raih kemenangan.

"Ke mana sahaja dia pergi, dia akan menang - secara individu dan berpasukan.

"Bagi saya sebagai rakyat Portugal, dan untuk semua orang yang suka bola sepak, kami mengkaguminya. Dia pemain hebat, atlet hebat dan rakan sepasukan yang hebat dalam bola sepak," kata Xavier lagi. - Goal.com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain