suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kayla mati akibat serangan jantung, jadi maskot Crystal Palace sejak 2010

Kayla disahkan mati akibat serangan jantung.

SEEKOR burung helang yang menjadi maskot kelab Crystal Palace sejak 2010 mati akibat serangan jantung.

Burung helang itu yang diberi nama Kayle dianggap ikon kelab itu disahkan mati oleh Eagle Heights Wildlife, tempat tinggalnya selepas jatuh sakit bulan lalu.

Sepanjang tempoh sakitnya itu, penyokong-penyokong kelab turut memberi sumbangan dana bagi menyelamatkan Kayla menerusi halaman GoFundMe dengan sasaran sebanyak 3,000 paun.



Kayla akan terbang di sekitar stadium sebelum perlawanan dan tamat separuh masa pertama.

Pelbagai usaha dilakukan untuk menyelamatkan maskot kesayangan warga Crystal Palace ini.

Kayla menjadi popular di Selhurst Park selepas sering dilihat terbang di sekitar stadium sebelum perlawanan bermula dan juga waktu rehat separuh masa.

"Berita amat menyedihkan perlu diberitahu, Kayla telah mati akibat serangan jantung.



Kayla menjadi maskot di Crystal Palace sejak 2010.

"Kami berterima kasih kepada setiap orang yang memberi sumbangan untuk bayaran bil dan penjagaannya. Dan kami kami telah cuba memberi rawatan terbaik dan segalanya.

"Dia kini sudah tenang. Tidak cukup untuk mengatakan bahawa dia akan selalu dirindui," jelas kenyataan Eagle Heights. - Dailymail.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain