Bintang muda, Bukayo Saka tandatangan kontrak baharu untuk terus bersama Arsenal

Bukayo Saka menandatangani kontrak baharu bersama Arsenal. Foto: Arsenal

ARSENAL mengumumkan bintang remaja Bukayo Saka telah menandatangani kontrak baharu bersama pasukan itu, sekaligus kekal di Emirates.

Saka muncul sebagai salah seorang pemain The Gunners paling menonjol musim ini, dengan beraksi sebanyak 33 kali dalam semua perlawanan.

Pemain remaja berusia 18 tahun itu menjadi watak penting di posisi pertahanan dan sayap kiri buat The Gunners dalam musim penuh pertamanya.

Sebelum ini beberapa kelab Eropah telah pun menunjukkan minat yang serius untuk menyambar Saka, dengan Liverpool dilaporkan mendahului perlumbaan untuk mendapatkannya pada musim panas ini.

Pengurus Arsenal Mikel Arteta berkata: "Saka adalah pemain muda yang berbakat dan cerdas. Dia telah mengkagumkan saya dengan etika dan sikapnya untuk belajar dan bijak menyesuaikan diri, dan ini membuahkan hasil dalam persembahannya.

"Saya teruja untuk terus bekerjasama dengannya untuk mengembangkannya lebih jauh, dan untuknya membantu kami mencapai matlamat kami," katanya. - Mirror.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Arsenal, Bukayo Saka, kontrak

Artikel Berkaitan

Klik

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain