suria

"Masih terlalu awal keputusan Kalonda sarung jersi negara, Edge tak minat wakil Malaysia"

Kalonda dilaporkan sudah menghantar dokumen kepada FAM.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menolak khabar angin mengatakan Marcel Kalonda mempunyai peluang cerah menyarung jersi pasukan kebangsaan.

Setiausaha Agong FAM Stuart Ramalinggam hari ini memberitahu, FAM masih lagi meneliti kesemua dokumen yang telah dihantarkan pemain dilahirkan di Congo itu, bagi membuktikan kaitan beliau dengan Malaysia.

"Dia telah menghantarkan beberapa dokumen sebagai bukti kepada FAM minggu lepas, dan kami masih lagi meneliti kesemua dokumen tersebut dengan pelbagai pihak berkuasa dan kami juga telah memintanya untuk mengemukakan beberapa lagi dokumen berkaitan sebagai bukti, sebelum kami boleh membawa ke peringkat seterusnya.

"Masih terlalu awal untuk membuat keputusan sama ada dia boleh mewakili pasukan negara, tetapi apa yang saya tahu kami masih di peringkat awal menilai perkara ini," katanya kepada Bernama.

Stuart juga mendedahkan yang Kalonda perlu menjalani beberapa proses lagi, sebelum badan itu membuat keputusan sama ada dia boleh menyertai pasukan kebangsaan atau tidak.

Sementara itu mengenai status Harry Edge pula, Suart menyatakan yang pemain kelahiran New Zealand itu tidak berminat untuk mewakili Malaysia.

Perkara itu timbul, berikutan bapa Edge, Declan Edge mendakwa di media sosial yang anaknya terbuka untuk mewakili Malaysia kerana dia telah dilahirkan di Melaka, manakala Kalonda mendakwa yang datuknya berasal dari Sabah.

Harry Edge kini bermain untuk Kelab Sweden Torslanda IK, manakala Kalonda di Liga Zambia.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Liga Zambia, Kalonda, Malaysia, FAM

Artikel Lain