suria

Klopp dedah Liverpool tidak ada rentak ketika aksi seri tanpa jaringan bertemu Everton

Klopp berbincang dengan pemain-pemainnya ketika aksi seri tanpa jaringan bertemu Everton.

LIVERPOOL semakin hampir merangkul trofi Liga Perdana Inggeris biarpun hanya mencatat seri tanpa jaringan ketika aksi bertemu Everton.

The Reds kembali turun ke padang selepas hampir tiga bulan liga ditangguhkan susulan penularan pandemik Covid-19 sebelum ini.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu kecewa untuk meraih kemenangan bagai mengukuhkan kedudukan, namun sebaliknya berlaku apabila tuan rumah tidak memberi laluan mudah kepada mereka.

Keputusan tersebut menyaksikan Liverpool kelebihan 23 mata ke atas pencabar terdekat Manchester City yang bakal turun menentang Burnley pada Isnin,

Manakala Liverpool akan meneruskan aksi bertemu Crystal Palace di Anfield Rabu ini.

Klopp mendedahkan skuadnya tidak mempunyai banyak peluang gol pada perlawanan di tempat lawan itu.

"Setiap masa kami mendominasi permainan tetapi mereka lebih mempunyai banyak peluang.

"Saya suka semua perkara yang berlaku ketika perlawanan, tetapi kami tidak ada momen serangan, kami tidak ada rentak.

"Pertahanan Everton sangat baik dan kami tidak begitu bijak menggunakan ruang. Ia adalah normal apabila kamu baharu memulakan permainan. Ia adalah saingan sengit.

"Kedua-dua pasukan menunjukkan kefahaman. Ketegangan, fizikal ada dalam semua pemain," ujar Klopp selepas perlawanan.- Eurosport

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Liverpool, Seri, Everton, Jurgen Klopp

Artikel Lain