suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kembali beraksi 2 minggu lagi, Hamilton tayang badan sasa di laman sosial

Hamilton berkongsi foto tanpa baju di laman Instagram miliknya.

PELUMBA F1, Lewis Hamilton mencuri perhatian ramai apabila dia berkongsi foto tanpa baju di laman sosial miliknya.

Foto itu dikongsi sewaktu dia dalam persediaan untuk kembali beraksi dua minggu lagi.

Dia dijangka memulakan semula kempen 2020 di Austria pada 5 Julai ini.

Menerusi foto yang dikongsi, pelumba berusia 35 tahun itu kelihatan berada dalam fizikal yang cukup baik.

"Dua minggu lagi sebelum perlumbaan pertama bermula," ujarnya pada kapsyen.

Kata Hamilton lagi, dia sejujurnya gembira apabila dapat kembali beraksi.

"Rasa hebat dapat kembali beraksi dengan kereta. Memang seronok.

"Tak kisah berapa lama anda jadi pelumba, pasti akan rasa teruja setiap kali mahu berlumba semula," ujarnya lagi. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Lewis Hamilton, F1, perlumbaan kereta

Artikel Lain