suria

Kerana video kaitkan lelaki Asia dengan Covid-19, Mourinho kesal Dele Alli digantung satu perlawanan

Dele Alli memakai topeng muka menerusi satu video guruan mengaitkan lelaki Asia dengan Covid-19.

JOSE Mourinho mendakwa Dele Alli telah diperlakukan secara tidak adil berbanding pemain bola sepak lain yang melakukan salah laku semasa perintah berkurung akibat pandemik Covidp19.

Alli telah didenda dan dilarang untuk satu permainan oleh Persatuan Bola Sepak kerana satu video gurauan yang dirakamkannya mengenai virus, yang dikongsi bersama rakan-rakan di media sosial sebelum tular.

Beliau bakal terlepas aksi Tottenham dalam aksi Liga Perdana Inggeris menentang Manchester United pada Jumaat.

Terdahulu, Alli menyiarkan video mengenai seorang lelaki Asia dengan kapsyen: "Corona whatttttt, please listen with volume."

Video tersebut menyaksikan Alli memakai topeng muka yang kelihatan berpura-pura risau.

Turut dipamerkan adalah sebotol pencuci tangan, disertakan dengan kapsyen: "Virus ini harus lebih cepat daripada itu untuk 'mengenakan' saya."

Suruhanjaya bebas itu menyimpulkan bahawa Alli tidak sengaja melakukan diskriminasi terhadap lelaki Asia yang dimaksudkan atau dinyatakan sebagai menghina atau stereotaip perkauman.

Bagaimanapun, video tersebut dianggap 'sebagai rujukan kepada bangsa dan kewarganegaraan'.

Alasan penggantungan Alli disebutkan seperti ini: "Video itu jelas menunjukkan tafsiran bahawa yang merekanya ingin membuat pemerhatian bahawa ada kaitan antara lelaki berpenampilan Asia dan koronavirus."

"Saya sangat kesal kerana dia tidak dapat bermain," kata pengurus Spurs, Mourinho.

"Dia pemain yang bekerja keras selama ini dan dia sangat kecewa kerana tidak dapat bermain dalam perlawanan pertama," katanya.

"Saya tidak mahu mengatakan lebih banyak daripada yang saya rasa dia tidak layak mendapat larangan satu perlawanan berbanding dengan tingkah laku yang salah berlaku semasa tempoh ini tanpa sebarang akibatnya," tambahnya. - Mail Online

Jose Mourinho, Dele Alli, Covid-19, Asia,

Artikel Lain