suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gaji tak akan berubah, Messi dijangka terus kekal di Barcelona untuk tempoh 2 tahun lagi

Messi dikatakan terus kekal di Barcelona.

LIONEL Messi dilaporkan sedang berbicang untuk terus kekal di Barcelona dalam tempoh dua tahun lagi.

Namun, gajinya sebanyak £1.15 juta (RM6.11 juta) dikatakan tidak akan meningkat dalam tempoh itu.

Difahamkan, tiada peningkatan gaji berlaku memandangkan kelab turut terkesan akibat Covid-19.

Bapa Messi, Jorge kini sedang menjalankan rundingan dengan Presiden Barca, Josep Maria Bartomeu.

Menurut sumber, kedua-dua pihak bersetuju dengan kontrak yang ditawarkan.

Dilahirkan pada 1987, pemain Argentina itu sehingga kini sudah mengumpul enam anugerah Ballon d'Or dalam koleksinya.

Malah, dia juga sudah merangkul pelbagai anugerah bersama Barcelona. - The Sun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Lionel Messi, Barcelona, pemain bola

Artikel Lain