suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kapten Burnley malu dengan tindakan penyokong kibar 'White Lives Matter'

Pesawat kecil menerbangkan kain rentang 'Whire Lives Matter Burnley' ketika perlawanan di antara Burnley dan Manchester City. Foto: AP

KAPTEN Burnley, Ben Mee kecewa dengan insiden kain rentang yang diterbangkan penyokong kelab itu dengan tulisan 'White Lives Matter Burnley'.

Sebuah pesawat kecil dilihat menerbangkan kain rentang itu ketika pemain-pemain Burnley dan Manchester City sedang melutut sebelum perlawanan bermula.

Pesawat itu itu kelihatan berlegar di udara beberapa minit, dan semua semua pemain terkejut dan mampu menggelengkan kepala dengan insiden tersebut.

"Saya sangat malu, segan dengan segelintir penyokong yang melakukan itu di sekitar stadium.



Burnley tewas 5-0 kepada Manchester City. Foto: AP

"Kami mempunyai kumpulan yang berada di situ dan malu.

"Mereka ini perli datang ke abad ke-21 dan belajar sendiri. Mereka sangat terlepas punca dan tidak mewakili kami. Ia ada kumpulan minoriti.

"Kami ada mendengar khabar ia akan berlaku. Kumpulan kecil merancang semua ini dan saya berharap ia tidak berlaku lagi.

"Saya sangat malu dan sedih kerana ia berkaitan dengan kelab ini.

"Ia tidak betul. Dan saya berharap mereka akan pelajari apa yang 'Black Lives Matter' cuba sampaikan. Kami mahukan kesaksamaan dalam masyarakat, bola spak dan segalanya," jelas Mee. - Dailymail.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain