suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mbappe anggap Liverpool ‘mesin’ EPL, intai peluang berhijrah ke Anfield

Mbappe berminat untuk menyertai Liverpool.

KYLIAN Mbappe mengakui sedang mengintai peluang untuk beraksi di pentas Liga Perdana Inggeris (EPL).

Salah sebuah kelab yang menarik perhatiannya ketika ini adalah Liverpool yang dianggapnya sebagai ‘mesin’ EPL.

"Musim ini Liverpool menjadi mesin dalam EPL.

"Mereka dilihat menang dengan mudah tetapi hakikatnya ia amat sukar.

"Kejayaan mereka didorong seorang jurulatih yang hebat dan juga usaha keras semua pemain," katanya.

Mbappe menambah sebuah lagi trofi kemenangan dalam kariernya selepas PSG dinobat selaku juara Ligue 1 musim ini.

Susulan kejayaannya itu, Mbappe ditanya mengenai peluangnya untuk memenangi anugerah Ballon d’Or tetapi mengakui ia tidak mudah.

"Saya tidak fikir saya perlu menang anugerah itu musim depan atau musim akan datang kerana saya tidak meletakkan sasaran tertentu.

"Saya sentiasa meletakkan PSG dan pasukan kebangsaan sebagai keutamaan, kemudian jika kejayaan peribadi datang dari prestasi saya ia adalah satu bonus," katanya. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Kylian Mbappe, Liverpool, mesin, EPL, PSG

Artikel Lain