suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Covid-19: Atlet tukul besi negara dibenarkan discaj selepas lebih 70 hari jalani rawatan

Jackie dibenarkan discaj pada Rabu.

JAGUH baling tukul besi negara, Jackie Wong yang dijangkiti Covid-19 dibenarkan discaj dari Hospital Sibu, Sarawak pada Rabu.

Perkara itu disahkan pengarah kesihatan negeri, Dr Chin Zin Hing.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemenang pingat emas sukan SEA 2017 positif Covid-19

Atlet berusia 27 tahun itu diuji positif pada 16 Mac lalu selepas bapanya, Wong Ling Biu yang juga Ahli Parlimen Sarikei disahkan terkena jangkitan wabak itu.

Dia dimasukkan ke hospital lebih 70 hari dan telah menjalani sembilan ujian saringan.

Jackie merupakan atlet kebangsaan pertama yang dijangkiti Covid-19.

Bapanya dijangka dibenarkan discaj pada minggu depan. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Jackie Wong, Covid-19, Hospital Sibu

Artikel Lain