suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Barcelona reka mask khas buat penyokong, dijual dengan harga RM86

Barcelona bakal menjual mask eksklusif kepada penyokong-penyokong kelab menjelang aksi La Liga yang bakal bersambung 12 Jun ini.

BARCELONA bakal menambah pendapatan kelab dengan mengeluarkan penutup mulut dan hidung (mask) untuk dijual secara rasmi kepada semua penyokongnya.

The Catalan mendedahkan mask ini direka khas berikutan penularan Covid-19 dan dalam masa sama mengambil inisiatif sebagai langkah keselamatan kepada penyokong mereka.

Mask yang akan dijual secara rasminya itu dengan harga 16 paun (RM86) sekeping dihasilkan dengan 100 peratus kain kapas dengan tiga rekaan eksklusif serta tiga saiz yang berbeza.

Mereka juga memberi jaminan mask yang dihasilkan ini mampu memberi perlindungan kepada pemakai dan ia boleh dicuci sehingga 40 kali.

Aksi La Liga dijangka akan kembali disambung pada 12 Jun ini selepas ditangguhkan sejak Mac lalu.

Kelab juga turut menyenaraikan lima kedai termasuk di lapangan terbang bagi semua penyokong kelab mendapatkan mask ini.

Dalam pada itu, Barcelona sebelum ini turut menawarkan kepada kerajaan untuk penggunaan stadium dan kemudahan ketika kemuncak wabak Covid-19 baru-baru ini.

Malah kelab ini juga turut memberi sumbangan kepada bahagian kesihatan Sepanyol dan Unicef. - Dailymail.co.uk

mask, Barcelona, Jual, Penyokong

Artikel Lain