suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ronaldo hadiah kereta mewah buat Dolores sempena Hari Ibu

Dolores berkongsi foto bersama kereta mewahnya di Instagram.

CRISTIANO Ronaldo menghadiahkan ibunya sebuah kereta mewah sempena Hari Ibu selain turut menulis kata-kata menyentuh hati kepada kekasihnya, Georgina Rodriguez.

Ibu Ronaldo, Maria Dolores Aveiro berkongsi gambar kereta Mercedes 4X4 pemberian anaknya itu di Instagram.

“Terima kasih kepada anak-anak saya di atas hadiah saya terima daripada mereka hari ini.

“Selamat Hari Ibu kepada semua ibu di seluruh dunia, ” tulisnya pada kapsyen foto tersebut.

Sejam kemudian, Ronaldo turut berkongsi dua keping gambar tersebut dengan 216 juta pengikutnya di Instagram.

“Selamat Hari Ibu kepada dua wanita istimewa dalam hati saya, ” tulisnya.

Ronaldo dilaporkan berada di kampung halamannya semasa pandemik Covid-19 dan dia menggunakan peluang yang ada meneroka Madeira pada hujung minggu.

Dia berada di kepulauan itu sejak awal Mac selepas ibunya dimasukkan ke hospital akibat strok. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain