suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lloris anggap keputusan 'kejam' buat Liverpool jika musim ditamatkan

Lloris mengakui musim ini penuh teruja sebelum perlawanan liga ditangguh berikutan penularan Covid-19.

PENJAGA gol Tottenham Hugo Lloris menganggap tindakan ‘kejam’ jika Liverpool dinafikan juara Liga Perdana musim ini berikutan pandemik Covid-19.

Skuad kendalian Jurgn Klopp itu memiliki kelebihan 25 mata untuk berada kedudukan teratas liga ketika semua aksi ditangguhkan pada Mac lalu kerana penularan wabak berbahaya itu.

Sehingga ini status sebenar liga masih belum jelas, malah cadangan untuk menyaksikan liga kembali pada Jun ini.

Bagi Lloris, secara realistiknya dia mahu melihat saingan liga musim ini berakhir (mengikut jadual).

“Kita sesmua berada dalam situasi yang mana semua orang mahu menamatkan saingan dan mempunyai keputusan di padang.

“Ia mungkin kelihatan teruk jika menamatkan liga dengan berbaki sembilan perlawanan.

“Ia kelihatan sangat kejam kepada Liveropool yang telah mengetuai liga... dan hampir bergelar juara.

“Seperti orang lain, pasti akan timbul perasaan yang ‘belum selesai’. Tambahan pla kita semua mengharungi musim penuh teruja, dan saat yang baik musim ini.” - Onefootball

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Hugo Lloris, Spurs, Liverpool, Juara, EPL

Artikel Lain